Pengetahuan

Ilmu Hasanah adalah cara kami menghimpunkan masyarakat untuk bersama-sama belajar, berkongsi dan berkembang.

Berasaskan semangat pembelajaran berterusan, para pakar dalam bidang masing-masing mencetuskan idea, memulakan perbincangan dan memperdalamkan kefahaman tentang pelbagai topik yang relevan untuk rakan-rakan pelaksana, komuniti berkepentingan yang lebih luas serta untuk diri kami sendiri di Hasanah.

Ilmu Hasanah
Apa yang terjadi selepas projek tanggungjawab sosial tamat?
Strategi kepimpinan untuk intervensi yang mampan
19hb Mac 2024

Sesi ini memberi tumpuan kepada pendekatan praktikal untuk melabur dalam kepimpinan akar umbi, dan bagaimana pemahaman mendalam mereka terhadap keperluan komuniti dapat memupuk daya tahan, kesejahteraan dan impak jangka panjang. Penceramah berkongsi bagaimana dengan memperkukuh kapasiti tempatan, kesan sesuatu program boleh kekal bertahan walaupun selepas ia tamat secara rasmi.

Kembangkan
Ilmu Hasanah
Kejayaan (Breakthrough)
Kisah Harapan, Daya Tahan dan Pemulihan
5hb Jun 2024

Para pendidik dan aktivis kesihatan mental meluangkan petang bersama pakar psikiatri, pemenang anugerah WHO dan penulis, Prof. Dr. Ahmed Hankir yang berkongsi kisah peribadi beliau dalam memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan mental demi memupuk masyarakat yang lebih adil dan penyayang.

Kembangkan
Ilmu Hasanah
Pemindahan Tunai: Pengalaman di Malaysia
Penyelarasan dan Kerjasama untuk Perlindungan Sosial Inklusif
15hb Oktober 2024

Sesi ini membentangkan dapatan utama Kertas Perbincangan kolaboratif bertajuk 'Cash Transfers: International Insights and The Malaysian Experience'. Peserta membincangkan cabaran merangka program pemindahan tunai dan pengajaran dari pengurusan bantuan semasa pandemik Covid-19, serta strategi memperkukuh daya tahan sistem perlindungan sosial negara.

Kembangkan
Ilmu Hasanah
ILMU Circle 2024: Penerima Biasiswa Yayasan Khazanah
Kepimpinan Berdaya Tahan, Impak Mampan
22hb Oktober 2024

Melalui contoh dunia sebenar dan pandangan praktikal daripada penceramah, para penerima biasiswa Khazanah mendalami bagaimana kepimpinan yang berkesan boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan organisasi dan transformasi sosial. Sesi ini meneroka integrasi antara kepimpinan, ketahanan kerjaya dan pembangunan mampan dalam dunia yang semakin pesat berubah.

Kembangkan
Ilmu Hasanah
Evolusi Kesusasteraan Malaysia
Daripada Tradisi ke Karya Kontemporari
12hb November 2024

Sesi ini menelusuri evolusi kesusasteraan Malaysia daripada penceritaan lisan tradisional ke karya moden yang menyentuh isu identiti, kepelbagaian budaya dan keadilan sosial. Sesi ini mengulas sumbangan tokoh-tokoh penulisan dan tema penting yang membentuk landskap kesusasteraan dari dahulu hingga kini serta bagaimana media digital membentuk ekspresi dan apresiasi budaya kontemporari.

Kembangkan

Penglibatan dalam Forum dan Persidangan

Kepimpinan pemikiran adalah teras kepada misi Hasanah sebagai yayasan pemberi geran. Sebagai pemangkin perubahan, kami komited untuk terus menyumbang ilmu dan pandangan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Penglibatan dalam Forum dan Persidangan
Persidangan Filantropi Asia (APHIC) 2024

Dalam kongres tahun ini yang bertemakan 'Bersama Menjayakan DE&I (Diversity, Equity, and Inclusion - Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Inklusi)', Hasanah berganding bahu dengan pemimpin, yayasan dan organisasi dari seluruh Asia untuk membincangkan peranan penting filantropi dalam menangani cabaran sosial serantau dan membina masyarakat inklusif melalui pelaburan sosial dan kerjasama rentas sektor. 

Pengarah Urusan dan Pemegang Amanah Yayasan Hasanah, Siti Kamariah Ahmad Subki mengetuai panel bertajuk “Age of Asia: Leading the Way in Embracing Diversity, Equity, and Inclusion.” Hasanah turut serta dalam sesi panel anjuran Sasakawa Peace Foundation bertajuk “The Catalytic Role of Philanthropy in Addressing Regional Challenges”.

Kembangkan
ms_MYMalay