Tema Laporan Hasanah 2024, Kekuatan yang Kecil (The Strength of Small) bukanlah sesuatu yang asing bagi kita Ia telah tertulis dalam helaian sejarah negara, dalam buku-buku sejarah yang mengisahkan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan, dan cerita rakyat yang mengangkat kehebatan Sang Kancil yang kecil tetapi bijaksana.
Laporan ini merupakan penghargaan kepada kekuatan yang tidak kelihatan tetapi sentiasa dirasai, melibatkan usaha-usaha yang berlandaskan tujuan, tangan-tangan yang bekerja dalam diam, dan hati-hati besar yang terus mencorakkan masa depan Malaysia.
Laporan ini ditujukan khas buat mereka, wira-wira yang tidak didendangkan.
Kongsi
Tonggak Kekuatan
Usaha Hasanah merangkumi lima bidang impak utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Kesenian dan Ruang Awam, serta Pengetahuan, yang menjadi landasan kepada kami dalam menyokong inisiatif-inisiatif tumpuan dan terancang demi perubahan yang bermakna.

Ucapan Pengerusi
Tan Sri Md Nor Yusof
Pengerusi, Yayasan Hasanah
The work we do at Yayasan Hasanah (“Hasanah”) involves investing in people. We take the long term view, prioritising sustainable and meaningful outcomes over short-term gains. For us, it is all about nurturing structural change, fostering resilience, and enabling communities to grow on their own terms.
Having close to 700 partners as our eyes and ears on the ground offers a unique vantage point: an elevated understanding of the nation’s needs and realities.
Renungan Pengarah Urusan
Puan Siti Kamariah Ahmad Subki
Pemegang Amanah & Pengarah Urusan
Inilah lensa yang membentuk pemahaman saya terhadap peranan kami di Hasanah. Ia bukan sekadar rentetan pencapaian berasingan, tetapi sebahagian daripada sebuah sistem yang hidup dan menyeluruh, di mana setiap tindakan mempunyai potensi dalam pembentukannya secara keseluruhan
Pada tahun 2024, bersama-sama, kita berjaya menjangkau lebih 814,000 individu menerusi 214 projek baharu, dan 147 rakan kerjasama yang turut menyertai ekosistem ini.

Sorotan Impak 2024
Angka-angka ini bukan sekadar menggambarkan hasil, tetapi mencerminkan usaha kolektif dan langkah berhemah merentasi setiap bidang. Ia menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila organisasi masyarakat sivil, komuniti dan badan kerajaan bekerjasama.

Capaian yang lebih meluas sebanyak 71.2% berbanding tahun 2023, yang banyak disumbangkan oleh inisiatif kesihatan mental di sekolah serta program geran Arts For All Seasons (ArtsFAS).
(3.7 juta individu sejak 2015)
Telah menggandakan jumlah projek yang dianugerahkan dan diuruskan pada tahun 2023.
(962 projek sejak 2015)
Hampir tiga kali ganda jumlah rakan pelaksana baharu yang dilantik pada tahun 2023.
(674 rakan pelaksana dilantik sejak 2015)
Kisah Perubahan
Perubahan tidak selalu hadir dengan gendang dan sorakan. Kadangkala, ia hadir melalui jiran tetangga yang sudi mendengar dengan hati terbuka, atau seorang guru yang sabar mengajar muridnya membaca. Dalam laporan ini, kami meraikan usaha yang kelihatan kecil, tetapi sebenarnya mampu menggerakkan dunia.

Misi Menyelamatkan Beruang Matahari Kita
Pernah menjadi mangsa pemburuan haram, Itam si beruang matahari kini mendapat peluang kedua untuk hidup di Borneo Sun Bear Conservation Centre. Dia menjalani kehidupan sebagai salah satu daripada lebih 40 ekor beruang matahari yang diselamatkan di pusat tersebut. Perjalanan hidupnya daripada pengalaman traumatik bersama manusia, kemudian diselamatkan, dan kini dilepaskan semula ke habitat liar mencerminkan perjuangan yang lebih besar dalam usaha menyelamatkan spesies beruang terkecil di dunia daripada kepupusan.

Pasar Siti Khadijah: Tradisi Bertemu Revolusi Digital

Menjulang Warisan Emas: Kebangkitan Semula Telepuk di Terengganu

Wira Kesihatan Mental di PPR Batu Muda

Wira Harian: Rakyat Malaysia yang Tampil Tika Krisis

Merungkai Tembok Tabu: Guru Pelopor Revolusi Pendidikan Seks di Kelantan

Menghidupkan Warisan Tari: Penghormatan buat Kuda Pacu

Dari Kegelapan ke Cahaya: Air Bersih dan Tenaga Solar Mengubah Kehidupan Kampung di Perak

Abbernaa: Daripada Tarian Klasik ke Penyelidikan Dasar

Jom Baca: Memulihkan Kemerosotan Pembelajaran, Menyalakan Semula Impian Anak-Anak Kita
Kerjasama dan Pembiayaan Khas
Kerjasama kami dibentuk dengan matlamat yang jelas, iaitu menyokong pihak yang ingin membawa perubahan. Berteraskan nilai bersama dan kepercayaan yang saling kukuh, ia mencerminkan komitmen terhadap hasil jangka panjang. Untuk menghasilkan impak berskala besar, struktur yang betul amat diperlukan. Dengan bekerjasama bersama pihak yang jelas misinya, Yayasan Hasanah memastikan sokongan disalurkan tepat ke tempat yang mampu membawa perubahan sebenar dan dapat diukur.
Tentang Yayasan Hasanah
Kami merupakan yayasan terbesar di Malaysia dan sebuah organisasi bebas yang memfokuskan kepada pemberian geran dan pemacuan impak sosial. Setelah sedekad berkhidmat kepada rakyat dan negara, kami terus berpaksikan makna di sebalik nama kami, Hasanah, yang membawa maksud “berbuat baik” atau “kebaikan” dalam Bahasa Arab, dan semangat kerjasama yang mendorong perubahan positif yang bermakna dan berpanjangan.
