

Infrastruktur Luar Bandar
Dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah menyokong projek infrastruktur di kawasan yang terpencil dan sukar diakses. Sejak dari awal, komuniti setempat turut terlibat secara aktif bagi memastikan kemudahan yang dibina benar-benar memenuhi keperluan mereka.
Latihan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaraan bukan sahaja memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan komuniti, malah turut menyokong kelestarian jangka panjang kemudahan ini.
mendapat akses kepada air
mendapat akses kepada tenaga elektrik solar
dilatih untuk menyelenggara sistem air dan elektrik solar
Dari Kegelapan ke Cahaya: Air Bersih dan Tenaga Solar Mengubah Kehidupan Kampung di Perak
Di perkampungan terpencil Kg Bongor, keperluan asas seperti air bersih dan bekalan elektrik pernah menjadi cabaran harian.
Hari ini, hasil Projek Solar dan Air Bersih oleh Malaysian Relief Agency (MRA), kehidupan penduduk berubah secara drastik. Mereka kini boleh terus menjalankan aktiviti harian walaupun selepas matahari terbenam, keluarga menikmati air bersih dan selamat, dan perniagaan tempatan mampu berkembang. Kisah ini membuktikan bahawa projek infrastruktur lestari bukan sekadar penyelesaian teknikal, sebaliknya ia adalah nadi kehidupan yang mengembalikan maruah dan harapan.