


Pendidikan
Setiap anak ingin belajar, berimpian dan membesar dengan cara tersendiri. Namun terlalu kerap, laluan mereka ditentukan oleh keadaan, bukannya potensi. Di sinilah kami ingin membawa perubahan.
Sama ada dengan memperkenalkan sains dan teknologi ke dalam bilik darjah yang serba kekurangan, memperhalusi cara menyokong pelajar berkeperluan pembelajaran khas, atau membimbing belia di persimpangan kehidupan, komitmen kami adalah untuk membina landskap pendidikan yang inklusif agar tiada anak muda tercicir akibat kekurangan bimbingan.
Dengan memperkasa minda, menyokong kesejahteraan mental, dan memperluas akses kepada peluang, kami tidak hanya melahirkan tenaga kerja masa hadapan, tetapi generasi pemikir, pencipta dan warganegara berjiwa besar yang mampu membentuk masa depan negara dengan kejelasan visi dan keyakinan.
melalui inisiatif kepimpinan dan kesihatan mental
melalui inisiatif kesihatan mental
melalui inisiatif pendidikan seksualiti
modul pembelajaran berasaskan projek, keputusan berasaskan data, dan kepimpinan kolaboratif
dianugerahkan di bawah Yayasan Khazanah
Merungkai Tembok Tabu: Guru Pelopor Revolusi Pendidikan Seks di Kelantan
Dengan Kelantan berdepan kadar jangkitan HIV dan kehamilan remaja yang membimbangkan, ReHAK mengambil pendekatan menyelesaikan krisis ini dari akarnya dengan melatih para guru untuk menyampaikan pendidikan seksualiti yang menyeluruh.
Di sebuah negeri di mana perbincangan tentang kesihatan seksual dan reproduktif masih dianggap sensitif, para pendidik ini berani memecah tabu dengan membekalkan pelajar pengetahuan yang mampu menyelamatkan nyawa. Melalui usaha mereka, golongan muda memperoleh keyakinan untuk membuat keputusan yang bijak – sekali gus berpotensi mencetuskan gerakan kesedaran kesihatan seksual di seluruh negara.
Abbernaa: Daripada Tarian Klasik ke Penyelidikan Dasar
Perjalanan Abbernaa adalah kisah tentang intelek, ketabahan dan kebanggaan budaya. Sebagai penerima biasiswa Khazanah Global dengan ijazah dalam bidang Sains Sosial dan Politik dari Cambridge, beliau juga merupakan penari klasik India yang terlatih, dua dunia yang jarang bersatu.
Kini berkhidmat di Khazanah, beliau mengharungi cabaran dunia dasar awam sambil membawa bersama nilai disiplin dan seni daripada latihan tarinya. Kisah beliau menyerlahkan sifat kepimpinan yang pelbagai dimensi serta pengorbanan peribadi yang perlu ditempuh demi mencapai impian.
Jom Baca: Memulihkan Kemerosotan Pembelajaran, Menyalakan Semula Impian Anak-Anak Kita
Pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan mendalam terhadap pendidikan kanak-kanak, dengan ramai yang bergelut untuk menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi. JomBaca tampil untuk merapatkan jurang ini, bukan sekadar mengajar kanak-kanak membaca, tetapi juga menyalakan semula impian dan keyakinan mereka di dalam bilik darjah.
Melalui kisah-kisah menyentuh hati daripada pelajar dan guru, inisiatif ini menyerlahkan keperluan mendesak untuk ketahanan dalam pendidikan, membuktikan bahawa dengan sokongan yang tepat, masa depan seluruh generasi boleh ditulis semula. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemulihan pembelajaran peringkat nasional, Program Anak Kita, anjuran Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan, yang diterajui oleh Yayasan Hasanah dan Unit Pantau MADANI.