Pembangunan Komuniti

Segala yang kami lakukan adalah berteraskan keperluan dan kesejahteraan insan. Pendekatan berpaksikan komuniti bermula dengan mendengar, untuk memahami secara mendalam realiti kehidupan yang pelbagai dan penuh cabaran.

Rakan kerjasama kami berperanan sebagai mata dan telinga di lapangan. Mereka bergerak seiring bersama komuniti, membangunkan idea secara bersama, memperkukuh penyelesaian setempat, dan mewujudkan persekitaran yang membolehkan masyarakat berkembang mengikut acuan sendiri. 

Fokus kami bukan sekadar menyalurkan bantuan, tetapi mencipta ruang agar komuniti dapat mengemudi pertumbuhan dan kesejahteraan mereka sendiri. Ini bukan kebajikan, ini adalah kerjasama. Bukan sekadar pemberian, tetapi tangan yang digenggam bersama. 

Menerusi pendekatan berasaskan komuniti (Community-Based Approach, CBA), Hasanah berhasrat membina ketahanan jangka panjang, agar komuniti bukan sahaja pulih daripada cabaran, tetapi bangkit lebih kuat, berdikari dan mampu membentuk masa depan yang lebih baik.

individu telah dijangkau
100

melalui pelbagai intervensi pembangunan komuniti

peserta
0

mencatat peningkatan pendapatan sehingga RM500

pemimpin komuniti
0

dilatih dalam kepimpinan dan kesihatan mental

Pasar Siti Khadijah: Tradisi Bertemu Revolusi Digital

Sejak turun-temurun, para wanita di Pasar Siti Khadijah bergantung kepada urusan jual beli secara bersemuka untuk menjual barangan mereka. Namun kini, seramai 30 peniaga pasar tradisional sedang melangkah keluar daripada cara lama berniaga.

Menerusi program literasi digital anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), para wanita ini kini mahir menggunakan platform e-dagang seperti Shopee, sekali gus meluaskan pasaran mereka melepasi sempadan pasar. Dengan memanfaatkan teknologi digital, mereka sedang memperkukuh perniagaan agar lebih tahan menghadapi sebarang cabaran dan membuktikan bahawa tradisi dan teknologi boleh bergerak seiring.

Wira Kesihatan Mental di PPR Batu Muda

Isu kesihatan mental sering terlepas pandang dalam komuniti berpendapatan rendah, terutamanya dalam kalangan belia dan wanita. Di PPR Batu Muda, Thrive Well sedang berusaha untuk menambah baik keadaan itu dengan sokongan kesihatan mental di dalam komuniti itu sendiri.

Menerusi lawatan rumah, sesi perkongsian dan latihan kepimpinan, wanita dan duta komuniti tampil memainkan peranan dengan menyediakan ruang selamat untuk ahli komuniti berkongsi cabaran hidup mereka. Dengan memberi tumpuan kepada ketahanan mental, inisiatif ini turut membantu mereka mengekalkan perniagaan kecil serta membuktikan bahawa kesejahteraan dan kestabilan ekonomi saling berkait rapat.

ms_MYMalay