Vanilla Impact: Misi Uncle Alfred Menghidupkan Semula Rempah Warisan
Alfred Phua menggelarkan dirinya sebagai “petani secara tidak sengaja”.
Seorang pekerja sosial selama 35 tahun, lebih mesra dipanggil sebagai Uncle Alfred, mula terlibat dalam bidang pertanian ketika bekerja dengan beberapa NGO. Bermula dengan pertanian semula jadi, kemudian penanaman cendawan dan penghasilan baja kompos menggunakan cacing (vermicompost), beliau akhirnya menemui vanila dan menubuhkan Vanilla Impact Story (VIS) di Sibu.


Sebagai rempah kedua termahal di dunia selepas saffron, vanila mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan berpotensi menjadi sumber pendapatan lumayan. Pada tahun 2019, harga pasaran global vanila mencecah lebih USD600 sekilogram.
Pada tahun 2023, perdagangan global bagi vanila mencecah USD610 juta, dengan eksport Malaysia berjumlah USD22,600, menjadikan Malaysia pengeskport ke-69 daripada 122 negara di dunia.
Namun, tanaman ini terkenal sukar dijaga dan menuntut kesabaran serta minat yang tinggi. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk mengeluarkan bunga, dan apabila berbunga, hanya ada tempoh 4 jam untuk melakukan pendebungaan tangan secara teliti.
“Kami bukan sahaja sanggup menunggu pokok berbunga, tetapi juga orang yang sesuai untuk bersama kami,” kata Uncle Alfred merujuk kepada model pengambilan pekerja yang unik di ladangnya.
Melalui kerjasama dengan ladang rakan niaga HIC Agro PLT, pekerja VIS terdiri daripada penduduk setempat dan bekas banduan, dengan matlamat menyediakan peluang pekerjaan, mobiliti sosial dan pemulihan bermakna melalui sektor pertanian.
Faktor Insani
Kadar residivisme (pengulangan jenayah) bekas banduan dilaporkan menurun sebanyak satu peratus kepada 17.06 peratus pada tahun 2023. Faktor seperti peluang pekerjaan, tempat tinggal stabil dan sokongan sosial menyumbang kepada penurunan ini.
Sejak sebelum menubuhkan perusahaan sosial ini, Uncle Alfred sudah percaya bahawa perubahan sebenar bermula dengan manusia sendiri, dan sering kali melalui tindakan kecil dengan menghormati maruah seseorang. “Saya percaya kelestarian sebenar bukan sekadar menyediakan tempat tinggal dan makanan. Mereka perlu menjana pendapatan yang diperoleh melalui keupayaan untuk berdikari dengan bermaruah.”
Kini, VIS menggaji lima pekerja tetap dengan gaji asas RM1,700 serta manfaat tempat tinggal dan janji agihan keuntungan selepas tuaian berjaya.
Ketua Perusahaan Sosial Hasanah, Stanley Siva berpendapat bahawa hubungan rapat dengan komuniti merupakan kekuatan utama dalam keupayaan perusahaan sosial untuk berkembang.

Kami bukan sahaja sanggup menunggu pokok berbunga, tetapi juga orang yang sesuai untuk bersama kami.”
Alfred Phua - Pengasas, Vanilla Impact Story


Selain skalabiliti, inovasi dan hasil yang terbukti merupakan syarat kelayakan untuk menerima dana daripada Hasanah Social Enterprise Fund (HSEF), sebuah inisiatif Hasanah dengan sokongan Kementerian Kewangan untuk menyokong perniagaan berasaskan misi yang menghasilkan impak sosial atau alam sekitar yang boleh diukur.
Sokongan HSEF membolehkan VIS membina dua rumah hijau dan membeli 1,500 keratan pokok vanila daripada spesies Planifolia dan Tahitensis.
Mengulas rasional sokongan kepada perusahaan sosial, Stanley berkata, “Dengan menggunakan model komersial, mereka dapat menyampaikan impak sosial dan alam sekitar secara lebih lestari. Mereka juga mampu melabur semula lebihan keuntungan untuk komuniti yang mereka bantu atau masalah yang mereka cuba selesaikan.”

Dari Ladang ke Pasaran
“Dalam agroperniagaan, terutamanya tanaman komoditi seperti vanila, kesabaran amat diperlukan. Saya tidak mahu mempercepatkan proses kerana saya mahu melakukannya secara semula jadi dan mesra alam,” kata Uncle Alfred.
“Dalam agroperniagaan, terutamanya tanaman komoditi seperti vanila, kesabaran amat diperlukan. Saya tidak mahu mempercepatkan proses kerana saya mahu melakukannya secara semula jadi dan mesra alam,” kata Uncle Alfred.
“Percubaan pertama dia gagal!” kata Uncle Alfred sambil ketawa. “Percubaan kedua berjaya 30% dan ketiga 70%, bagus!”
“Tak ramai anak muda mahu bekerja di ladang, mungkin sebab cuaca panas. Sayasendiri pun rasa susah pada mulanya, tapi saya terus cuba dan kini sudah terbiasa.Saya rasa semua bergantung kepada minat. Kalau kita nak cuba, kita kena berani,”kata Henry yang kini memulakan hidup baru di VIS.
Satu lagi komponen projek ini ialah latihan untuk 14 petani kontrak di Sirian, Bau,Kuching dan Puncak Borneo. Setakat ini, VIS telah menjual keratan bernilaiRM10,000, dan turut mempunyai perjanjian jaminan belian semula dengansebahagian petani berdasarkan harga pasaran semasa.
Uncle Alfred berkongsi bahawa vanila sebagai rempah mempunyai jangka hayatyang panjang, tetapi untuk memanjangkan lagi penggunaannya, VIS turutbekerjasama dengan petani lain dari Sabah dan Johor dengan membeli biji vanilamereka untuk diproses menjadi produk seperti pelembap dan kopi.
Ekosistem yang semakin berkembang ini mencerminkan perubahan arus perdanadalam keutamaan negara, di mana perusahaan, impak dan kelestarian semakinbergerak seiring.
“Sejak 2022, Kementerian Kewangan telah menyalurkan dana yang signifikanmelalui Hasanah. Kami melihat ini sebagai isyarat besar bahawa kerajaanmengiktiraf sektor impak sosial sebagai penyumbang utama dalam membantuMalaysia mendaki rantaian nilai sosioekonomi dan mencapai matlamat sifar bersih,”kata Stanley
Dalam dunia hari ini yang mengejar hasil pantas dan segera, VIS menawarkanpendekatan berbeza melalui model pertumbuhan penuh kesabaran yang dibinaberlandaskan kepercayaan dan keyakinan bahawa manusia, seperti vanila, akanmekar pada waktunya.

Pasar Siti Khadijah: Tradisi Bertemu Revolusi Digital

Menjulang Warisan Emas: Kebangkitan Semula Telepuk di Terengganu

Wira Kesihatan Mental di PPR Batu Muda

Wira Harian: Rakyat Malaysia yang Tampil Tika Krisis

Merungkai Tembok Tabu: Guru Pelopor Revolusi Pendidikan Seks di Kelantan

Menghidupkan Warisan Tari: Penghormatan buat Kuda Pacu

Dari Kegelapan ke Cahaya: Air Bersih dan Tenaga Solar Mengubah Kehidupan Kampung di Perak

Abbernaa: Daripada Tarian Klasik ke Penyelidikan Dasar

Jom Baca: Memulihkan Kemerosotan Pembelajaran, Menyalakan Semula Impian Anak-Anak Kita

Teman: Menawarkan Teman Penjagaan Masyarakat Menua di Malaysia

Impak Bersih Positif: Nelayan Pelindung Mamalia Laut

Vanilla Impact: Misi Uncle Alfred Menghidupkan Semula Rempah Warisan

Misi Menyelamatkan Beruang Matahari Kita