Jom Baca: Memulihkan Kemerosotan Pembelajaran, Menyalakan Semula Impian Anak-Anak Kita
Pepatah lama Inggeris, “membesarkan seorang anak, sekampung diperlukan” membawa kebenaran yang ringkas namun mendalam: bahawa memelihara kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak adalah usaha bersama. Inilah semangat yang mendasari pelaksanaan Program Anak Kita (PAK).

“PAK ialah inisiatif reformasi pendidikan penting oleh kerajaan, yang direka khusus untuk menangani kemerosotan pembelajaran akibat pandemik COVID-19,” jelas Aeti Abdullah, Pengurus Kanan Advokasi Pendidikan (Pemulihan Pembelajaran) di Yayasan Hasanah.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kemahiran asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Bagi peringkat menengah pula, ia menumpukan kepada isu keciciran serta kehadiran dan prestasi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Di bawah program ini, Hasanah berperanan sebagai penyelaras bersama Unit Pantau Madani. Berteraskan visi Kementerian Pendidikan (KPM) dan direalisasikan melalui pembiayaan Kementerian Kewangan, PAK ialah contoh nyata hasil kolaborasi yang bermatlamat.
“Kami bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat sivil dan universiti awam dalam melaksanakan intervensi bersasar di seluruh negara,” kata Aeti, sambil menjelaskan bahawa rakan pelaksana ini membawa perspektif tempatan, penyelesaian kontekstual dan kepakaran praktikal.
Penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) merupakan asas dalam pendidikan. Penekanan awal terhadap kemahiran ini boleh dikesan sejak Laporan Rahman Talib 1960, yang kemudiannya menjadi asas kepada Akta Pendidikan 1961 yang membentuk sistem pendidikan Malaysia pasca kemerdekaan.
Pembelajaran dan Pengulangan
KPM baru-baru ini melaporkan bahawa 1 daripada 4 murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2024/2025 masih belum menguasai 3M
Di bawah inisiatif PAK, 10 rakan pelaksana di tujuh negeri yang berkeperluan tinggi telah digerakkan untuk menangani isu ini. Di Selangor, iSina yang merupakan salah satu pelaksana program sedang membawa pendekatan pembelajaran “JomBaca” ke dalam kelas pemulihan di Hulu Langat dan Kuala Langat.
Program JomBaca ialah satu intervensi literasi dan numerasi intensif selama 40 hari yang direka khusus untuk menangani jurang pembelajaran asas, terutamanya bagi murid yang masih bergelut dengan kemahiran asas 3M dalam Bahasa Melayu dan Matematik.
Perkongsian sumber ini yang awalnya merupakan intervensi yang berstruktur menjadi sumber yang memberi manfaat berterusan untuk pendidik, walaupun sesi rasmi selama 40 hari telah berakhir.
“Kami membekalkan sekolah dengan semua bahan bantuan mengajar, dari kad isyarat hingga salinan digital modul,” jelas Pengarah Program, Rahmalizah Binti Ali.
Matlamat utama program ini adalah untuk mengurangkan bilangan murid yang ditempatkan dalam kelas pemulihan dengan menangani jurang pembelajaran sejak awal dengan secara berkesan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan mentakrifkan kelas pemulihan sebagai program khas untuk murid Tahap 1 yang menghadapi kesukaran menguasai 3M disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kekurangan sumber, sokongan yang terhad, halangan bahasa dan akses sekolah luar bandar.

Kami membekalkan sekolah dengan semua bahan bantuan mengajar, dari kad isyarat hingga salinan digital modul.”
Pengarah Program, Rahmalizah Binti Ali.

“Inilah penyelesaian pantas bagi isu literasi dan numerasi. Bukan bermaksud kaedah lama tidak berkesan, tetapi tumpuan diberikan kepada kepantasan supaya kelas tidak menjadi terlalu besar dan guru tidak terbeban,” jelas Rahmalizah yang percaya masa adalah faktor penting dalam meningkatkan penguasaan 3M.
Satu pengajaran penting daripada pelaksanaan program terdahulu ialah jadual guru yang padat. Untuk memastikan komitmen penuh, pihaknya berbincang dengan sekolah terlibat agar guru yang menyertai program ini dikecualikan daripada aktiviti lain sepanjang tempoh pelaksanaan.

Di Dalam Kelas Pemulihan
Cikgu Veerammah A/P Aiyappan dari SJK (T) Pusat Telok Datok dan Cikgu Muhammad Kamil Bin Yusuf dari SK Bukit Komandol ialah antara guru pemulihan yang terlibat dalam program ini.
Kedua-dua guru mendapati kaedah fonik dalam membaca amat membantu murid. Cikgu Muhammad Kamil gembira berkongsi bahawa murid-murid yang sebelum ini bergelut untuk membaca telah menunjukkan kemajuan ketara; sentimen yang turut dikongsi oleh Cikgu Veerammah.
“iSina seperti satu keajaiban yang tidak disangka. Saya pasti akan terus menggunakannya dalam kelas saya,” kata guru berpengalaman 15 tahun itu. Beliau berharap kaedah ini dapat dimanfaatkan oleh setiap murid yang memerlukannya.
Satu lagi komponen penting program ini ialah penglibatan ibu bapa bagi memastikan anak-anak tidak ponteng sekolah. Cikgu Veerammah mengambil inisiatif untuk menghubungi ibu bapa secara peribadi dan menjelaskan kepentingan program ini serta manfaatnya kepada anak-anak mereka. Usaha ini membuahkan hasil apabila kadar kehadiran murid meningkat sepanjang program Jom Baca. “Murid begitu teruja untuk datang ke sekolah bahkan hadir lebih awal daripada biasa!” katanya sambil menambah beliau turut seronok mempelajari pedagogi baharu ini.

Pasar Siti Khadijah: Tradisi Bertemu Revolusi Digital

Menjulang Warisan Emas: Kebangkitan Semula Telepuk di Terengganu

Wira Kesihatan Mental di PPR Batu Muda

Wira Harian: Rakyat Malaysia yang Tampil Tika Krisis

Merungkai Tembok Tabu: Guru Pelopor Revolusi Pendidikan Seks di Kelantan

Menghidupkan Warisan Tari: Penghormatan buat Kuda Pacu

Dari Kegelapan ke Cahaya: Air Bersih dan Tenaga Solar Mengubah Kehidupan Kampung di Perak

Abbernaa: Daripada Tarian Klasik ke Penyelidikan Dasar

Jom Baca: Memulihkan Kemerosotan Pembelajaran, Menyalakan Semula Impian Anak-Anak Kita

Teman: Menawarkan Teman Penjagaan Masyarakat Menua di Malaysia

Impak Bersih Positif: Nelayan Pelindung Mamalia Laut

Vanilla Impact: Misi Uncle Alfred Menghidupkan Semula Rempah Warisan

Misi Menyelamatkan Beruang Matahari Kita